Blogger Widgets Nur Atiqah Abdul Hadi: Belajar memandu sesuatu yg menyeronokkan

Monday, 21 May 2012

Belajar memandu sesuatu yg menyeronokkan

::assalamualaikum::

aku nak bercerita pengalaman pertama memandu kereta. First time pegang stereng kereta lepas tu duduk kat tempat pemandu amatlah feel habis. Walaupun dulu masa kecik kecik aku penah duduk kat depan main main stereng tapi perasaan dia tak sama dengan sekarang..

sungguh mendebarkan sangat dup dap dup dap. Mencuba something yang new agak mencabar. Meh aku citerkan perasan aku belajar memandu walaupun aku memandu secara haram haha. I mean takda lesen la. Nasib baik ada my tenaga pengajar iaitu ayah aku la.. 

hari ini aku betoi betoi macam budak tadika belajar merangkak abc.. macam tulaa aku belajar memandu rinie. Satu apa aku taktau. Mana satu nak tekan nie. Alhamdulilah ayah dengan sabarnya mengajar budak nie. hokhoks, akulah tuu. Aku mulakan perjalanan dengan bismillah supaya mendapat keberkatan yg Esa. 

Aku memandu dengan cukup berhemah. Padahal aku sebenarnya agak gemuruh. Saja buat berani lebih. Akhirnya berjaya juga aku memandu di jalan perumahan. hokhokss, best sungguh. Tapi sungguh spoil jalan mati kat depan. Terpaksa reverse, masanya nak tunjuk skill reverse cara hebat. Aku tekan brek tak lepas sebab takut langgar apa pulok. Gelojoh dan gelabah aku memandu. Aku pulas stereng macam keta james bond bawa oii. Tokak tambah ja..

Brek keta ayah aku sangat la makan bak kata orang kedah kan kan. Alhamdulilah latihan memandu aku bermula dari hari ni. Doakan aku nie cepat terer bawak keta. Bole la rasa feel bawa laju keta. Bak kata abang aku "hang pecut sampai out meter,baru cepat sampai". silap silap cepat ke alam lain pulok..

Mesti ampa pelik sebab apa aku tak citer sal gear??? =__='
actually i drive keta auto. hokhoks.. kantoi !!
aku tau mesti ampa nak kata aku nie lekeh kan bawa keta auto pon nak belagak. Tapi i don mind la. Sebab niat aku nak belajar. Bukan nak tunjuk2 yaa.. !!

*pengajaran yang bermoral adalah tak salah cuba sesuatu yg baru walaupun hampa ni jenis gabra macam aku. (pengajaran kerr nie..apa2 jelah)*
 

0 komen bdk nakal:

Post a Comment

birthday saye

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers